Malay (Bahasa Malaysia)简体中文English (United Kingdom)
     
Nyamuk

Nyamuk

Ciri-ciri Fizikal:
Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik, tubuh yang langsing dan enam kaki panjang.

Saiz:
Saiz Nyamuk berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm. Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h. Nyamuk adalah serangga kecil, panjang tubuh 1.6mm ~ 12.6mm dan berwarna gray coklat, coklat atau hitam. Nyamuk dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, dada dan perut. Panjang jarum di atas kepala adalah 12 hingga 15 mm.

Sifat-sifat:
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.

Habitat:
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.

Signifikansi Ekonomi:
Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis dan virus Nil Barat.

 

Kawalan Perosak berlesen

Kementerian Pertanian Malaysia

Ahli PCAM

© Copyright. 2010 All rights reserved | Web designed by Easilywebs